Thursday 27 September 2012

RESEPI LAKSA UTARA

Bahan-bahan:

10 tangkai cili kering dikisar 
5 bawang merah dikisar 
Belacan ikut citarasa  
6 ekor ikan kembung direbus, ambil isi & dikisar, airnya jgn dibuang
Laksa- direndam, direbus & toskan 
Timun diracik 
daun selom 
Limau nipis 
Daun kesom
Daun samak 
Bunga kantan 
Garam 
Sedikit perasa 


Cara - cara:
Tumis bahan-bahan yg dikisar dengan minyak yang sedikit sehingga masak cili yang dikisar, campur air rebusan ikan tadi.  Rebus dulu sampai masak dan tambah air jika perlu.  Bila bahan-bahan dah betul-betul masak, masukkan ikan, daun-daun semua tu,garam dan rasa dulu. Siap dihidang. Boleh tambah timun, bawang, telur rebus dan cabai melaka ketika hendak makan nanti.

Tuesday 25 September 2012

Pelbagai jenis resepi nasi



NASI GORENG LADA HITAM


Bahan-Bahan:
nasi putih
bawang merah - ditumbuk
lada hitam - ditumbuk
ikan bilis - ditumbuk
kubis/kacang buncis
garam/gula
 


Cara:
·         Tumis bahan-bahan yang telah ditumbukkan tadi.
·         Masukkan nasi putih..gaul sampai sebati...
·         Masukkan sayur...
·         Masukkan garam/gula secukup rasa...


Biskut peanut butter

Bahan-bahan

• 260 gm peanut butter (1 cwn)
• 1 biji telur
• 150 gm gula castor (2/3 cwn)

Cara-cara

1. Satukan semua bahan dalam mangkuk.
2. Kacau hingga rata dan sebati dengan senduk/spatula.
3. Bulat2kan doh 1 sk dan susun atas dulang pembakar 
4. Tekan dengan garfu, buat hingga habis.
5. Bakar pada suhu 160C selama 12-15min atau ikut kepanasan oven masing2
6. Sejukkan biskut dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Biskut susu




Bahan2

1/2 tin susu pekat manis
250 gm butter
600 gm tepung jagung
Manik ( Hiasan )

Cara2

- pukul sebati susu bersama butter hingga kembang
- masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit
- gaul sebati, jika adunan sudah cantik tak perlu habiskan tepung
- terap atas dulang pembakar, hiaskan
- bakar dalam suhu 170 - 15 minit




Sunday 23 September 2012

koleksi rempah herba masakan timur




TENTANG REMPAH RATUS


1.KULIT KAYU MANIS

Mesir dan India menggunakannya sebelum 500 masihi lagi.Selain dijadikan rempah ratus di dalam masakan, ianya juga dijadikan sebagai bahan untuk membuat minyak wangi. Selain itu ,ia dijadikan ubat dalam pelbagai penyembuh penyakit sejak dahulu kala.Orang Greek berpendapat pokok kulit kayu manis adalah pokok tonik yang tertua di dunia.Minyak kulit kayu manis baik untuk menyembuhkan selsema, demam sejuk dan masalah usus.kulit nya pula boleh diasah pada belakang pasu untuk mengubati jerawat.

2.HALBA

Halba ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, "halba", berasal daripada nama bahasa Arab, "Hilbeh" (حلبة). Nama saintifiknya Trigonella foenum-graecum

Halba sebenarnya digunakan sebagai membantu penghadaman. Halba juga digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Kajian telah menunjukkan halba adalah pemangkin pengeluaran susu ibu dan penggunaannya didapati meningkatkan pengeluaran susu sebanyak 900%.


  
3.CENGKIH

Ia adalah rempah ratus pertama diperdagangkan di dunia iaitu zaman Alexandaria The Great.Pada tahun 266 sebelum masihi, bunga cengkih dicatat penggunaannya di Negara Cina.Masyarakat mengunyah bunga cengkih bagi menghilangkan bau mulut ketika menghadap maharaja cina.
Cengkeh selain mengandung minyak atsiri, juga mengandung senyawa eugenol, asama olenolat, asam galotanat, fenilin, karyofilin, resin, dan gom.
Manfaat Cengkeh
Minyak esensial dari cengkeh mempunyai fungsi sebagai anastetik dan antimikroba. Minyak cengkeh dapat diguna untuk menghilangkan bau napas dan menghilangkan sakit gigi. Zat eugenol digunakan dokter gigi untuk menenangkan syaraf gigi. Manfaat cengkeh yang lain mengatasi gangguan pencernaan, muntah karena lambung dingin, sakit perut, mual, sakit di dada dan perut, sakit gigi, batuk, masuk angin, penghangat badan, perut mulas sewaktu haid, rematik, dan pegal linu.

4.Lada Hitam
Pengeluar terbesar lada hitam adalah Brazil, India, Indonesia, Malaysia, dan Vietnam. Di Malaysia, ia dibantu oleh Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH), Lembaga Lada Hitam Malaysia (MPB) 1 Jan 2007.Lada hitam atau nama sainsnya Piper nigrum merupakn sejenis rempah yang penting semenjak dahulu kala lagi.Ia biasanya dikeringkan dan digunakan sebagai rempah dan perasa. Buahnya, yang dikenali sebagai lada apabila kering, mengukur pada kira-kira 5 milimeter (0,20) dalam diameter, merah gelap apabila telah matang, dan, mengandungi sebiji benih sahaja. Lada, dan lada serbuk yang diperolehi daripada pengisaran buahnya, boleh dihuraikan hanya sebagai lada, atau lebih tepat lagi sebagai lada hitam, lada hijau dan lada putih. Lada hitam berasal dari Asia Tenggara dan China, dan boleh didapati di sana dan di kawasan tropika yang lain. Pada masa ini, Vietnam adalah pengeluar dan pengeksport terbesar di dunia, menghasilkan 34% daripada tanaman dunia pada tahun 2008. Lada kering yang dikisar telah digunakan sejak zaman purbakala untuk kedua-dua citarasa dan sebagai ubat. Lada hitam adalah rempah di dunia yang paling diperniagakan. Ia adalah salah satu rempah yang paling biasa yang dimasukkan ke dalam masakan Eropah. Kepedasan lada hitam adalah disebabkan oleh kimia piperine. Ia banyak didapati dalam dunia yang moden ini, sering berpasangan dengan garam.



5.LADA PUTIH

Lada putih atau nama sainsnya Piper nigrum . Lada putih dipetik apabila beri sudah masak. Kulit luarnya dialihkan dengan merendam beri di dalam air, sehingga kulit beri terkopek, atau diletakkan di bawah mata air yang mengalir menghasilkan lada yang putih dan bersih. Ia mempunyai rasa yang lebih lembut dan nyaman berbanding lada hitam. Lada putih digunakan sepenuhnya sebagai bahan dalam membuat rempah jeruk dan perapan. Lada putih yang dikisar (serbuk) digunakan di dalam makanan yang berwarna lembut seperti sup dan kuah sos.
Kedua-dua lada hitam dan putih diperoleh daripada tanaman lada atau beri iaitu Piper nigrum yang dikeringkan bijinya. Lada elok dikisar dan ditabur terus ke atas makanan. Dengan masakan pedas, lada bagus dicampurkan di penghujung masakan supaya aroma masakan tersebut dikekalkan. Lada putih lebih banyak digunakan di dalam kuah sos warna putih berbanding lada hitam kerana sudah tentunya lada hitam akan menyebabkan sos putih itu kelihatan berbintik.
6.BUNGA LAWANG
Bunga lawang (bahasa Inggeris: star anise) ialah sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Ia dikatakan berasal dari Indochina dan Jepun. Selain digunakan dalam masakan Melayu, ia juga boleh ditemui dalam masakan Timur Tengah dan India.
Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan diEropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu. Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning.Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari.
Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih. Bagi masyarakat Melayu, bunga lawang digunakan untuk menumis, menambah aroma masakan seperti nasi minyak, sup berempah, beriani, masakan lauk=pauk berempah seperti daging, makanan laut dan ayam. Ia juga menambah aroma seperti dalam masakan acar.
Untuk kegunaan perubatan pula di Asia ia digunakan untuk mengubati colic (angin) dan rheumatik (sakit sendi). Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh. Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk. Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung.
7.BUAH PALA

Buah pala (bahasa Inggeris: nutmeg) ialah satu genus tumbuhan tropika yang pokoknya malar hijau. Ia berasal dari Asia Tenggara dan Australasia. Buah pala penting untuk dijadikan sebagai rempah.
Buah pala sebenarnya ialah biji pokok ini, dan berbentuk seakan-akan telur dengan ukuran 20-30 milimeter panjang dan 15-18 milimeter lebar, sedangkan selaput biji palan ialah aril atau kulit bijinya yang berwarna merah dan kelihatan kering dan seakan-akan renda.
Spesies yang paling penting dari segi perdagangan ialah Pokok Pala Biasa atau Harum, Myristica fragrans, yang berasal daripada Kepulauan Banda di Indonesia; pokok ini juga didapati di Caribbean, khususnya di Grenada. Spesies yang lain termasuk Pokok Pala Papua, M. argentea, dari New Guinea, dan Pokok Pala Mumbai, M. malabarica, dari India; kedua-dua ini dipergunakan sebagai bahan lancung untuk produk-produk M. fragrans.
Pokok pala mempunyai ketinggian di antara 4-15 meter dan bersifat ‘unisek’, iaitu pokok hanya mengeluarkan bunga jantan atau betina sahaja. Oleh itu, pada kebiasaannya satu batang pokok jantan ditanam di antara 10 batang pokok betina. Namun ada sumber yang mengatakan bahawa terdapat pokok yang mengeluarkan kedua-dua bunga jantan dan betina.
 
8.JINTAN PUTIH

Jintan putih merupakan sejenis rempah. Nama sains jintan putih adalah Cuminum cyminum atau Carum carvi (Caraway atau Cumin Parsi)Jintan putih dapat tumbuh dengan baik di daerah yang beriklim sejuk, seperti misalnya di daerah india utara dekat kiaki pegunungan Himalaya.
 Jintan putih mempunyai batang kayu dan daunnya bersusun melingkar dan bertumpuk. Daun jintan putih mempunyai pelepah daun seperti ranting-ranting kecil. Bentukdaun jintan putih tidak berwujud lembaran, tetapi lebih mirip benang-benang kaku dan pendek. Warna dominan tumbuhan ini hijau dan bunganya berukuran kecil berwarna kuning tua ditopang oleh tangkai yang agak panjang. Bunga jintan putih berukuran kecil dengan warna kuning tua. Biji jintan putih memiliki bau yang cukup harum.
Jintan putih memiliki sifat antibakteri, antioksidan, dan antikarsinogen. Pada biji jintan putih terdapat senyawa berkhasiat yang dapat digunakan sebagai senyawa antikanser. Jintan putih juga dapat digunakan sebagai ubat untuk sakit jantung, haid tidak lancar, dan sukar untuk  tidur.

9.JINTAN MANIS

Jintan manis merupakan sejenis rempah. Nama sains jintan manis adalah Pimpinella anisum.
Sungguhpun tidak dibuktikan secara saintifik, jintan manis dipercayai memiliki banyak khasiatnya. Ia dapat melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.Selain itu juga,jintan manis ini dapat membuang lemak di pangkal peha dengan cara rebus jintan manis dengan 5 cawan air sehingga mendidih,selepas itu biarkan sejuk.Amalkan meminum air rebusan jintan manis ini pagi dan petang selama empat minggu.
Khasiat dan kebaikan JINTAN MANIS
Jintan manis sememangnya mengandungi banyak flavonoid anti-oksidan seperti kaempferol dan quercetin. Sebatian ini berfungsi sebagai anti-oksidan yang kuat dengan menghapuskan radikal bebas yang berbahaya dari badan itu melindungi dari kanser + jangkitan + penuaan + penyakit degeneratif neurologi.
Di samping itu, serat pemakanan mengikat kepada garam hempedu (dihasilkan daripada kolesterol) dan mengurangkan penyerapan semula di dalam kolon, sekaligus membantu menurunkan tahap kolesterol LDL serum. Dengan oksidan anti-flavonoid + fiber dari komposisi Jintan Manis dapat  membantu melindungi lendir dari kanser kolon.
Jintan manis mempunyai kesihatan yang banyak memberi manfaat kepada sebatian minyak penting seperti anethole + limonene + aldehid anisic + pinena + myrcene + fenchone + chavicol dan cineole. Prinsip2 ini sangat aktif dalam herba JINTAN MANIS yang diketahui mempunyai ANTIOKSIDA + SISTEM PENCERNAAN + dapat mengeluarkan udara + ANTI GAS dlm PERUT.


10.KETUMBAR

Ketumbar merupakan tumbuhan saka. Baunya yang harum disebarkan melalui buah lembut berwarna hijau dan apabila matang bertukar kepada warna kuning kecoklatan. Ketumbar berasal dari daerah Mediterranean, Afrika Utara dan Asia Barat Daya, dan telah ditanam secara meluas di Eropah, Utara Afrika, India, Amerka Selatan, Malaysia, Thailand dan China. Ketumbar hidup baik dalam kawasan tanah hitam dan kontang.
Ketumbar adalah tumbuhan lembut dan tidak berbulu yang boleh bertumbuh hingga ketinggian 50 cm [20 inci]. Daun-daunnya berbagai-bagai bentuknya, iaitu bercuping luas pada tapak tumbuhan, dan lembut lampai pada aras batang berbunga yang lebih tinggi. Bunga-bunganya dibawa dalam umbel kecil berwarna putih atau merah jambu pudar, tak bersimetri, kelopak-kelopaknya yang menjauhi pusat umbel lebih panjang (5-6 mm) berbanding kelopak-kelopak yang tumbuh ke arah umbel (1-3 mm). Buahnya merupakan skizokarpa kering berbentuk bundar yang berdiameter 3-5 mm.

11.Jintan Hitam atau Habbatussauda


Habbatussauda ianya dikenali dengan berbagai nama, diantaranya black seed, black caraway, black seed, natura seed, jintan hitam, black cumin, nigella sativa, kaluduru, dan lain-lain.
Selama lebih daripada dua ribu tahun, biji jintan hitam telah dikenali dan digunakan sebagai rawatan di banyak negara di TimurTengah dan Timur Jauh . Pada tahun 1959, -Dakhakhni dan rakan-rakannya berjaya mengeluarkan Nigellone dari jintan hitam. Jintan hitam mengandungi 40% minyak yang stabil dan 1,4% minyak atsiri. Ia juga mengandungi sekitar lima belas asid amino, protein, kalsium, besi, natrium, dan kalium.
Digunakan sebagai herbal pengobatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masehi dan tercatat dalam banyak literatur kuno mengenai ahli pengobatan terdahulu seperti Ibnu Sina (980 - 1037 M), dan Al-Biruni (973-1048 M), Al-Antiki, Ibnu Qayyim dan Al-Baghdadi. Ibnu Sina adalah peneliti jenius dari Timur Tengah di bidang pengobatan yang namanya tercatat di semua buku sejarah pengobatan timur maupun barat, hidup antara 980 - 1037 M, telah meneliti berbagai manfaat Habbatussauda untuk kesehatan dan pengobatan. Ahli pengobatan Yunani kuno, Dioscoredes, pada abad pertama Masehi juga telah mencatat manfaat habbatussauda untuk mengobati sakit kepala dan saluran pernapasan.



12.BUAH PELAGA

Buah pelaga(bahasa Inggeris: cardamon) merupakan sejenis rempah yang terkenal semenjak zaman dahulu kala. Ia digunakan sebagai perisa dalam masakanMasyarakat
India menggunakan buah pelaga sebagai bahan untuk membuat manisan. Ia juga digunakan dalam masakan orang Melayu. Buah pelaga boleh menambah aroma semasa menumis. Di Timur Tengah, buah pelaga digunakan dalam minuman teh.
Buah Pelaga bukan sahaja digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan, tetapi ianya juga digunakan sebagai ubat sejak abad ke-4 sebelum masihi lagi di kalangan masyarakat Greek. Di Mesir dan Perancis ia digunakan sebagai bahan campuran dalam membuat minyak wangi.
 
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...