Friday 19 October 2012

Kuih Lapis & Bubur Kacang Hijau

Salam Sejahtera,
Kerja amali yang dilakukan pada minggu ini ialah kuih-muih manis. Di mana, kami telah menyediakan kuih kacang dan bubur kacang hijau. Cara penyediaan untuk kedua-dua menu ini adalah mudah dan sesuai untuk mereka yang baru belajar memasak. Kuih lapis dan bubur kacang hijau ini amat sesuai Hari Raya kerana ia amat sedap dan menarik. Berikan komen anda setelah anda mencuba ya. Sebab ramai yang hendak memasak untuk ahli keluarga yang tersayang, kan?..
Akhirnya, Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat mencuba. =D

Kuih Lapis

Porsi: 2 orang
Bahan-bahan yang diperlukan                                                 Alatan yang diperlukan

a.         Bahan-bahan                                                                 Peralatan yang diperlukan:
385 gm            Tepung gandum                                        Penimbang     
110 gm            Tepung ubi                                               Dulang
1200 gm          Santan kotak – ditambah dengan air          Mangkuk
10 gm              Garam                                                      Sudip
            230 gm            Gula pasir                                                 Pengukus
            40 gm              Pewarna merah (sirup)                              Alat menghidang:
                                                                                        Appetizer plate
                                                                                        Appetizer fork
b.         Hiasan:
1 helai              Daun pandan – dipotong dengan bentuk ‘v’ sebagai pelapik

Prosedur memasak:
1.     Tepung gandum dan tepung ubi diayak bersama.
2.     Gula dan santan dikacau sehingga gula larut sepenuhnya.
3.     Buat lubang di tengah tepung dan masukkan santan. Kacau hingga rata selama 10 minit.
4.     Rehatkan adunan tepung selama 15- 20 minit.
5.    Adunan tepung dibahagikan kepada dua; satu bahagian dibiarkan putih dan satu bahagian lagi diwarnakan merah.
6.     Panaskan air kukusan sehingga biar mendidih. Letakkan talam di dalam periuk kukus.
7.     Masukkan sesenduk adunan putih, tutup kukus dan biarkan selama 3 minit (atau separa masak).
8.     Ulangi langkah 7 dengan menggunakan adunan merah.
9.     Ulangi langkah 7 dan 8 sehingga adunan habis.
10. Kukus selama 20 minit lagi. Setelah sejuk boleh dipotong.

Menghias dan menghidang:
1.     Kuih lapis dilapik dengan menggunakan daun pandan.
2.     Dihidangkan pada appetizer plate.


Bubur Kacang Hijau
Porsi: 2 orang
Bahan-bahan yang diperlukan                                                  Alatan yang diperlukan

a.         Bahan-bahan                                                                  Peralatan yang diperlukan:
220 gm              Kacang hijau                                                       Periuk
70 gm                Gula pasir                                                           Mangkuk
100 gm              Gula Melaka                                                       Sudip  
10 gm                Daun Pandan - dicuci                                          Penimbang
6 gm                  Garam                                                                Gunting
1560 ml             Air ( 240 ml masak gula & 1320 ml masak kacang)
220 gm              Santan kotak                                                      Alat menghidang:
28 gm                Sagu telur ikan                                                    Soup cup and saucer
                                                                                                    Soup spoon
Hiasan:
1 helai               Daun pandan - dipotong dengan bentuk ‘v’

Prosedur memasak:
1.      Kacang hijau dicuci dan direndam semalaman.
2.      Panaskan air dalam periuk dan masukkan gula Melaka dan gula pasir. Biarkan hingga larut.
3.      Rebus kacang hijau hingga kembang. Kemudian, masukkan air gula, daun pandan dan masak hingga mendidih.
4.      Tambahkan sagu selepas air mendidih. Kemudian, masukkan santan dan garam. Tambah dengan gula jika kurang manis.
5.      Masak sekejap dan tambahkan sedikit air jika pekat.
6.      Hidangkan.

Menghias dan menghidang:
1.      Bubur kacang hijau dihiaskan dengan daun pandan yang berbentuk ‘V’.
2.      Dihidangkan pada soup cup and saucer.

Monday 15 October 2012

Shortbread Coklat

Salam Satu Malaysia,

Apa khabar hari ini?..baik?..Hari ini, saya ingin berkongsi satu resipi yang sangat mudah, iaitu 'Shortbread Coklat'. Hari Raya Haji dah dekat, boleh la kita membuat biskut ini bersama-sama untuk memeriahkan lagi raya ini. Bahan-bahan yang digunakan adalah sangat ringkas dan ia mudah disediakan serta amat sesuai untuk kawan-kawan yang tidak pandai membuat biskut. Tambahan pula, ia merupakan peluang yang sangat baik untuk mengambil hati keluarga masing-masing ya...Dengan biskut ini, bolehlah kita tunjukkan sifat kewanitaan kita..kan?..hehe =D

Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya ^^







Bahan-bahan

150 gm Coklat - dicairkan


Bahan A: 

250 gm Tepung Gandum
  50 gm Tepung Jagung
  50 gm Tepung Beras
100 gm Nestle Corn Flakes - dikisar halus

Bahan B:

250 gm Mentega
100 gm Gula Aising
1 camt  Esen Vanila

Kaedah
     
  1. Ayakkan bahan-bahan A dan campurkan dengan Nestle Corn Flakes.
  2. Pukul bahan-bahan B sehingga kembang, gaul sebati dengan campuran A sehingga menjadi doh.
  3. Canai doh sehingga 3 mm dan potong dalam bentuk yang diingini.
  4. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 celcius selama 15 hingga 20 minit.
  5. Celupkan biskut yang terhasil tersebut ke dalam coklat cair dan keluarkan seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.

Sunday 14 October 2012

Hidangan pulut ayam & pulut mangga

Amali minggu kelima...

Hidangan makanan Thailand...

Inilah kami yang menghasilkan menu pulut ayam dan pulut mangga...

Hidangan yang berjaya disiapkan...simple but nice... :-)









Friday 12 October 2012

Pulut ayam

kelas amali minggu ini, menu kami ialah pulut ayam..pulut ayam ni adalah hidangan makanan Thailand...pertama kali, dapat resepi ingatkan pulut dengan gulai ayam tu...kalau yang tu biasa la makan..tapi pulut ayam ni pulut bersama dengan ayam berempah dan sos cili thai.jom kita tengok macam mana ye...

Inilah hidangan pulut ayam yang kami hasilkan....


Resepi Pulut Ayam 

 300g Beras pulut (direndam semalaman)

½ ekor ayam
2sb rempah kari daging
3 batang serai
1 inci halia
2sb serbuk cili
10 ulas bawang merah
2 helai daun pandan
1 ½ sk garam
1sudu gula
2sk serbuk kunyit


Cara -cara memasak :
  • Bersihkan ayam terlebih dahulu, kemudian potong ayam mengikut saiz sederhana..jangan potong terlalu kecil sebab nanti bila goreng ayam tu akan mengecut.
  • Seterusnya, bawang merah, bawang puith, serai, halia dikisar halus..
  • Ayam diletakkan garam, serbuk kunyit,rempah daging,serbuk cili dan digaul dengan bahan kisar tadi..masukkan gula dan garam.. perap selama 1jam...lagi lama perap lagi sedap...
  • Untuk pulut, kukus selama 30minit sehingga pulut betul-betul masak...

P/S : mesti cuba tau...sekali rasa mesti ingat selamanya.... :-)






Monday 8 October 2012

Mee Kari Sedappppp!!!

Woha!!! Petang ni saya nak sambung bercerita pasal mee kari plak...  sebelum nak cita pasal mee kari tu.. izinkan saya nak gelak puas-puas dulu.. hahahaaa.. Haipppp..haippp..jangan kata saya tak betul plak.heheee.. sebenarnya apabila teringatkan pasal mee kari ni.. automatik saya jadi nak tergelak.. yelah pandai sangat ubah resepi yang Puan Ida yang sungguh comel tu bagi.. heee..ubah jadi macam mana ye?? ubah jadi MEE KARI MANIS... euwww..bila ingat balik..macam tak boleh nak telan mee kari yang saya masak.hahahaaa.. tula pandai sangat tambah gula kan... :) yelah..manalah saya tau mee kari tak boleh tambah gula..biasanya apabila masak kat rumah..kari ayam ke..kari daging ke..kari ikan ke.. semuanya masuk je gula..al maklumlah KELANTAN ORI..semuanya nak manis-manis belaka..hehhee.. tp dalam bab MEE KARI ni tak boleh.. jadi rasa macam pelik je bila kuah kari berpadu dengan mee..heheee.. takpelah..lain kali bila buat mee kari tak nak buh gula lagi okei.. <------ peringatan untuk diri sendiri.. okeilah...tak payah banyak membebel lagi.jum kita lihat apa resepi mee kari yang kumpulan kita orang masak tempoh hari.. :)

Bahan-bahannya adalah terdiri daripada bahan kering dan bahan basah( apabila nak masak mesti ada bahan basah dan bahan kering kannnn.. :p)

Bahan basah:

Mee kuning ~ 200gm
Udang ~ 150gm
Dada Ayam ~ 250gm
Fish Cake ~ 2 keping
Fish Ball ~ 1 paket
Isi Kerang ~150gm
Tauhu ~ 2keping
Tomato ~ 140gm
Sawi ~ 150gm
Taugeh ~ 100gm
Daun Kari ~  1 tangkai
Cili Merah ~ 2biji
Limau Kasturi ~ 2 biji
Daun Bawang ~1 tangkai

Bahan Kering:
Santan Kotak ~  375ml
Rempah Kari ~ 100gm
Telur ~ 2 biji
Bunga Cengkih ~ 2 biji
Buah Pelaga ~ 2 biji
Kulit Kayu Manis ~ 3cm
Bunga Lawang ~ 1 kuntum
*Bawang Merah ~ 40gm
*Bawang Putih ~10gm
*Halia ~ 2cm
Asam Keping ~ 2 keping
Bawang Goreng ~ 5gm
Garam ~2tsp

cara-caranya adalah:
1. Tumis rempah empat sekawan tu..(bunga lawang+bunga cengkih+kulit kayu manis+buah pelaga). agak-agak da nak hangit tu tp jangan sampai hangit plak. kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar.(bahan-bahan yang bertanda *). Tumis sehingga naik bau.
2. kemudian boleh ler masukkan pes kari yang dibancuh dengan air bersama dengan daun kari dan juga asam keping. Tumis ler sampai garing dan pecah minyak rempah kari tu. pastikan masak tau menumis rempah kari tu. untuk elakkan sakit perut. kalau menumis tak masak, mak saya cakap kita mudah sakit perut dengan kata lain kita kena cirit-birit le tu..heheee...
3.apabila dah masak menumis tu, boleh la di masukkan ayam. gaul-gaul ayam sampai tersalut rempah kari tu..bolehlah dimasukkan santan.
4.mendidih je santan, boleh lah dimasukkan udang,isi kerang,bebola ikan, dan kek ikan. jangan lupa masukkan juga perasa iaitu garam ye!
*telur+cili merah+daun bawang+bawang goreng+limau kasturi~ bahan-bahan ni semua bertindak sebagai hiasan. jangan lupa telur tu rebus dulu ya... :) manakala tauhu tu dipotong kecil-kecil dahulu kemudian baru digoreng dan ditabur semasa mee kari hendak dihidang.
Ops... lupa!!sayuran seperti sawi dan taugeh tu dicelur terlebih dahulu. masa nak hidang tu la baru ditabur bersama-sama bahan-bahan hiasan yang lain..:) tomato plak boleh juga hendak dimasukkan dalam kuah ataupun dibuat hiasan.. :)...
Senangkan..walaupon macam berjela-jela saya taip cara nak masak mee kari ni..hehehe..
Selamat mencuba... :)


tadaa..nilah mee kari yang kumpulan kami hasilkan..


p/s~ sekarang saya dah pandai masak mee kari..nanti bolehlah saya masakkan untuk SUAMI TERCINTA..hehe..taataa~~

Sunday 7 October 2012

Macam mana nak masak sedap....

Kita sebenarnya kalau masak mana ada sukatan semua pakai campak aje... tu baru  original ... kalau kita masak mesti ikut naluri dan keikhlasan hati ...percayalah apa pun yang kita masak mesti sedap. Kadang resepi yang dimasak ikut resepinya pun tak rasa sedap bukannya apa sebab kekadang kita masak kerana terpaksa.......dengan muka yang masam macam cuka.... mana nak sedap. Betul tak? Bagi kita orang Islam, memasak juga ada adabnya.... semua benda yang dibasuh/dicuci perlu diiringi dengan selawat supaya semua benda yang hendak dimasak selain daripada bersih, kesuciannya juga perlu. Niat dalam hati supaya apa yang dimasak menjadi dan disukai semua. Masak untuk keluarga pula mestilah disertai dengan kasih-sayang.... Jika niat kita elok InsyaAllah masakan kita mesti sedap punya..... Kalau tak caye cubalah petua ni.....lepas ni mesti semua pandai memasak…habis la kedai makan dan chef-chef Malaysia tak leh cari makan… :-)

Bihun goreng diet...

Hari ini hari minggu...macam biasa la bangun pagi je mesti masuk dapur..lapar je masuk dapur la cari makanan..fikir punya fikir kalau buat bihun goreng sedap jugak ni..jangan tanya la kenapa tak masak nasi je...tengah diet ni kan...kena kurangkan makan nasi la...kalau main makan je rosak la program diet..heheh..ok, nak tahu tak kenapa panggil bihun diet?sebab sayur melebihi bihun...makan bihun rasa sayur je...kata nak sihat kan...kena la lebihkan sayur-sayuran dalam pemakanan anda...hehehe...



Ni la rupa bihun goreng diet...




Resepi bihun goreng diet

bahan -bahan :
bihun  (1/4 dari sebungkus bihun)
cili kisar (ikut kepedasan yang anda suka la)
bawang putih (dicincang halus)
sos cili
sos tiram
kicap
sayur sawi
kobis
carrot
sosej  (di potong jangan terlalu nipis nanti hancur)
telur sebiji 


Cara-cara memsak : (guna kaedah menggoreng je...)

  • Mula-mula masukkan minyak tumis bawang putih, bila naik bau masuk la cili kisar...agak cili tu masak sekejap.lepas tu masuk la sos cili, sos tiram dan kicap...
  • Lepas tu pecahkan telur.kacau telur dan biarkan sehingga masak bahan-bahan tumis tu sekejap..
  • Kemudian, masukkan bihun yang telah direndam.kira bihun tu lembut sedikit la.lepas tu masuk la semua jenis sayur tu...kacau hingga bihun dan sayur sebati dengan bahan tumis..
  • Akhir sekali masukkan sosej, kacau lagi hingga semua bahan sekata(bihun ni tak letak gula dan garam sebab sos tiram dan kicap dah cukup bagi rasa.boleh je tambah kalau tak cukup rasa)..
  • Siap dihidangkan...


P/S : selamat mencuba...sangat mudah dan cepat...sapa-sapa pun boleh buat... :-)












Friday 5 October 2012

Nyam..nyam..kerabu memang best!!

Assalamualaikum..
Tengok tajuk resepi kat atas semua orang dah tau resepi yang saya nak kongsikan dengan anda semua pada petang  ini iaitu  kerabu.  Ada sape-sape x suka makan kerabu ke? Ishh.. Hilang nikmat hidup bak kata seorang pensyarah saya suatu ketika dulu apabila tidak suka makan sesuatu makanan yang sedap. Hiiihi.. Sebenarnya gurauan je tu. Lain orang, lain citarasa. Contohnya si Peah suka makan cekodok pisang, si Bedah pulak suka makan cucur udang.  Ishh.. merepek pasal Peah dan Bedah plak. Dah-dahlah.. Mari kita bercerita pasal resepi yang saya nak kongsikan dengan anda semua.. :-) Nak tau kerabu apa? KERABU PERUT. Kenapa kerabu perut?? Sebab masukkan perut maka jadilah kerabu perut. Perut lembu okei.  Selain daripada perut saya juga masukkan PUCUK PAKU+PUCUK  UBI+BUNGA KANTAN+KACANG PANJANG. Wah..nanti ada orang tanya tak pening ke campur banyak-banyak bahan tu. Jawapannya TAK!! ;-) Sebab campur banyak bahan ni la maka ia dipanggil kerabu.. :-) Lagi banyak bahan..lagi sedap.. sedap hingga menjilat jari..hihii.. :p Tapi resepi ni original KELATE punya taw..  Sebab lain tempat, lain dia punya resepi dan kerabu ni pertama kali saya buat atas permintaan dari encik SUAMI TERCINTA:-) Heehee..Okeilah.. tak payah banyak membebel lagi..jom kita lihat resepi kat bawah.. :-)

Ini lah hasil air tangan saya yang pertama kali buat kerabu perut!! Sodap!!:p
Kerabu Perut + Pucuk ubi +Pucuk paku

 Bahan-bahan:
*pucuk ubi
*pucuk paku
bunga kantan-potong nipis
daun kesom-potong halus
kacang panjang-potong nipis
asam limau nipis
ikan selayang/sardin (direbus)
perut lembu-rebus sampai lembut kemudian hiris nipis-nipis
kerisik
bawang merah
lada hitam
santan
budu
bawang besar holland-mayang
cili merah
gula
garam
 *pucuk ubi dan pucuk paku dicelur-perah buang air kemudian potong halus-halus.

Cara-cara:
  •  tumbuk bawang merah, lada hitam, garam dan ikan rebus yang dihancurkan.
  • kemudian masukkan semua bahan iaitu pucuk paku, pucuk ubi kayu, daun kesom, kacang panjang, perut , kerisik, termasuklah bahan yang ditumbuk ke dalam bekas. Tuangkan santan, perah asam  limau, masukkan gula, budu, bawang besar, lada dan gaulkan.Siap!!Boleh dihidang bersama nasi panas ataupun diratah pun sodap!!hehee..
p/s: bagi yang suka masam, kalau x cukup masam dengan asam limau boleh ditambahkan dengan cuka.. :-)
Selamat mencuba!!


bestnya masak-memasak ni...

cakap pasal masak ni..tak semua orang suka masak, minat masak dan boleh masak...ok, kita tengok dulu ayat orang suka masak...dia ni suka masak tapi tak tahu nak masak...ye ke tak tahu?????bukan tak tahu cuma jarang memasak ni...beza pulak dengan orang yang tahu masak tapi tak suka memasak kan?sebab tu la ada yang ambik tumpuan teknikal dan pertanian...kalau semua suka masak, tak muat dapur masak upsi ni..pening la dekan nk fikir kan...hahaha....anda suka memasak???kalau perempuan rasanya kena suka la masak kan...dapat suami yang alergik dengan kedai makan macam mana?sebenarnya suami 2 bukan alergik dengan kedai makan tapi jimat belanja dapur...heh..macam tema pasar tani pulak..tengok ketuk-ketuk ramadhan tak?.ok, sebenarnya nak cerita pasal kelas amali masak untuk pertama kalinya kami masak lepas dah dekat setahun tak masuk dapur masak UPSI ni...nak tahu kami masak apa???tunggu.....



ni la kami bakal chef yang akan mengegarkan dapur UPSI..


 
ni la hidangan yang dapat kami siapkan...hebat kn??? :-)


 
Kali pertama kena buat mee kari, cucur udang dan kuahnya sekali. Apa lagi telefon mak kat kampung  la tanya secret recipe mak. Memang dah agak akan dapat la nasihat sikit “ tu la masa mak masak tak mau tengok”..layan jelah dah memang tak tau kan nak masak  menu tu…bila mak dah cita nak masak macam mana baru la ada keyakinan nak bertapak di dapur UPSI tu…yeeeeehaaaaa, tak sangka menjadi jugak cucur udang dan kuah kacang resepi mak...terima kasih mak…boleh masak untuk bakal menantu mak ni… :-)

ni la cucur udang yang berjaya kami buat.


ni hasil kuah kacang resepi mak..

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...