Showing posts with label biskut dan kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label biskut dan kuih-muih. Show all posts

Monday, 15 October 2012

Shortbread Coklat

Salam Satu Malaysia,

Apa khabar hari ini?..baik?..Hari ini, saya ingin berkongsi satu resipi yang sangat mudah, iaitu 'Shortbread Coklat'. Hari Raya Haji dah dekat, boleh la kita membuat biskut ini bersama-sama untuk memeriahkan lagi raya ini. Bahan-bahan yang digunakan adalah sangat ringkas dan ia mudah disediakan serta amat sesuai untuk kawan-kawan yang tidak pandai membuat biskut. Tambahan pula, ia merupakan peluang yang sangat baik untuk mengambil hati keluarga masing-masing ya...Dengan biskut ini, bolehlah kita tunjukkan sifat kewanitaan kita..kan?..hehe =D

Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya ^^







Bahan-bahan

150 gm Coklat - dicairkan


Bahan A: 

250 gm Tepung Gandum
  50 gm Tepung Jagung
  50 gm Tepung Beras
100 gm Nestle Corn Flakes - dikisar halus

Bahan B:

250 gm Mentega
100 gm Gula Aising
1 camt  Esen Vanila

Kaedah
     
  1. Ayakkan bahan-bahan A dan campurkan dengan Nestle Corn Flakes.
  2. Pukul bahan-bahan B sehingga kembang, gaul sebati dengan campuran A sehingga menjadi doh.
  3. Canai doh sehingga 3 mm dan potong dalam bentuk yang diingini.
  4. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 celcius selama 15 hingga 20 minit.
  5. Celupkan biskut yang terhasil tersebut ke dalam coklat cair dan keluarkan seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.

Tuesday, 25 September 2012

Biskut peanut butter

Bahan-bahan

• 260 gm peanut butter (1 cwn)
• 1 biji telur
• 150 gm gula castor (2/3 cwn)

Cara-cara

1. Satukan semua bahan dalam mangkuk.
2. Kacau hingga rata dan sebati dengan senduk/spatula.
3. Bulat2kan doh 1 sk dan susun atas dulang pembakar 
4. Tekan dengan garfu, buat hingga habis.
5. Bakar pada suhu 160C selama 12-15min atau ikut kepanasan oven masing2
6. Sejukkan biskut dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Biskut susu




Bahan2

1/2 tin susu pekat manis
250 gm butter
600 gm tepung jagung
Manik ( Hiasan )

Cara2

- pukul sebati susu bersama butter hingga kembang
- masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit
- gaul sebati, jika adunan sudah cantik tak perlu habiskan tepung
- terap atas dulang pembakar, hiaskan
- bakar dalam suhu 170 - 15 minit




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...