Salam Satu Malaysia,
Apa khabar hari ini?..baik?..Hari ini, saya ingin berkongsi satu resipi yang sangat mudah, iaitu 'Shortbread Coklat'. Hari Raya Haji dah dekat, boleh la kita membuat biskut ini bersama-sama untuk memeriahkan lagi raya ini. Bahan-bahan yang digunakan adalah sangat ringkas dan ia mudah disediakan serta amat sesuai untuk kawan-kawan yang tidak pandai membuat biskut. Tambahan pula, ia merupakan peluang yang sangat baik untuk mengambil hati keluarga masing-masing ya...Dengan biskut ini, bolehlah kita tunjukkan sifat kewanitaan kita..kan?..hehe =D
Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya ^^
Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya ^^
150 gm Coklat - dicairkan
Bahan A:
250 gm Tepung Gandum
50 gm Tepung Jagung
50 gm Tepung Beras
100 gm Nestle Corn Flakes - dikisar halus
Bahan B:
250 gm Mentega
100 gm Gula Aising
1 camt Esen Vanila
Kaedah
- Ayakkan bahan-bahan A dan campurkan dengan Nestle Corn Flakes.
- Pukul bahan-bahan B sehingga kembang, gaul sebati dengan campuran A sehingga menjadi doh.
- Canai doh sehingga 3 mm dan potong dalam bentuk yang diingini.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 celcius selama 15 hingga 20 minit.
- Celupkan biskut yang terhasil tersebut ke dalam coklat cair dan keluarkan seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.
No comments:
Post a Comment