Showing posts with label Minggu 7. Show all posts
Showing posts with label Minggu 7. Show all posts

Sunday, 11 November 2012

Masakan kami minggu 7.....


Assalamualaikum....

Haiiiiii.... entry kali ni saya nak cita pasal pulut panggang a.k.a pulut lepo dan talam berlauk a.k.a pizza Malaysia.. Boring kan cuti-cuti gini. Teman-teman pon takdak. Jadi lebih baiklah saya mengupdate blog selagiadarasa.blogspot.com ni kan.. Okeilah... minggu lepas kumpulan kami telah menyediakan juadah kuih pedas/ savouri yang telah saya nyatakan kat atas tu.. kenapa  kuih talam berlauk saya panggil pizza Malaysia?? sebab macam pizza kan..heheee.. taruk lauk banyak-banyak kat atas kuih tu .. sebijik cam pizza..tu pandangan mata saya la.. pulut lepo plak orang klate yang panggil pulut panggang tu pulut lepo.. kenapa panggil pulut lepo tak tau la plak saya kenapa.. :) okeilah.. kat bawah tu saya tunjukkan gmbar hasil masakan kami bertiga... :)

talam berlauk a.k.a piza malaysia
pulut panggang yang tak nmpak d panggang pon..kikii..






Resepinyaaaaa.....

Pulut panggang

Inti/ serunding ikan
3 ekor ikan kembung ~ direbus terlebih dahulu
*1 cm lengkuas
*1cm kunyit
*3 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
*2 batang serai
*2 biji cili  merah
*2 biji cili kering
*1tsp ketumbar
*1tsp jintan manis
125ml santan pekat

pulut
300 gm beras pulut
250 ml santan cair
2tsp garam
daun pisang~ layur atas api

Cara-caranya ialah....
inti
Rebus ikan... bahan-bahan yang bertanda * ditumbuk/di kisar. lumat bahan-bahan tersebut masukkan  ikan rebus(isi ikan je...tulang tak perlu.. :D).. tumbuk/kisar sampai semuanya dah lumat.
tumis bahan kisar sampai naik bau. kemudian masukkan santan pekat. nampak je agak kering boleh lah
ditutup api...

pulut
pulut direndam semalaman.. selepas cuci bersih pulut tersebut.. kukus pusingan pertama dalam masa 30minit.
kemudian angkat gaul dengan santan cair yang telah dimasukkan dengan garam. pastu kukus lagi smpai masak... sejukkan.. bolehlah dibungkus dengan daun pisang yang telah dilayur. kemudian bolehlah dibakar. nampak masak bolehlah di angkat dan dihidangkan... :).. makan panas-panas pon boleyyy.. ^_^

entry seterusnya saya akan kongsi resepi talam berlauk a.k.a pizza Malaysia.. tunggu....!!!


By : Akma Yasim.


Saturday, 10 November 2012

Talam berlauk dan Pulut panggang

Salam 1 Malaysia untuk semua.... minggu ini untuk kelas amali benda penting yang kena ada adalah pengukus..

Pengukus ajaib rahsia resepi kumpulan kami...tukang masak tu pun penting...




 Inilah hidangan kami pada minggu ni..


 


RESEPI TALAM BERLAUK

Bahan –bahan (Porsi : 2 orang)
Bahan untuk inti :
Daging kisar                                        200g
Ubi kentang (potong dadu)                  2biji
Bawang besar ( dikisar)                      1biji
Rempah kari daging                            1 paket
Lobak merah (diparut)                        1 batang
Garam                                                secukup rasa
Minyak masak                                     1sb
Daun sup dan daun bawang (dihiris)
Bawang goreng                                   secukupnya
Cili merah (dihiris)                               2 tangkai
Sos tomato                                          1 ½ sb
Sos cili                                                 1 ½ sb

Bahan untuk Talam :
Tepung gandum                                   1 cawan
Tepung jagung                                     3sb
Santan                                                 3 cawan
Garam                                                  1sk
Telur                                                    1biji


LANGKAH PENYEDIAAN
Untuk inti :
1.      Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar.
2.      Masukkan rempah kari dan masak hingga wangi.
3.      Masukkan daging dan kentang. Kacau rata.
4.      Biarkan sehingga semuanya masak empuk.


Untuk talam :
1.      Campurkan semua bahan dalam satu bekas. Kacau dan tapis. Panaskan kukusan.
2.      Sapu rata Loyang dengan minyak masak.
3.      Tuang adunan ke dalam Loyang dan kukus selama ½ jam.
4.   Keluarkan Loyang dari kukusan dan biarkan sejuk kemudian tabur inti, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.


 



 By : Hafizah Hashim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...