Showing posts with label Petua masak sedap. Show all posts
Showing posts with label Petua masak sedap. Show all posts

Saturday, 22 December 2012

Petua Dapur



Selamat Tengahari,


Malam ni masak apa ya?..Ermmm, banyak lauk rasanya..hehe..

Dengan merujukan petua-petua ini, bolehlah kita masak dengan lebih selesa, senang dan sedap!..
Selamat mencuba ya! =D






1. Cara Bersihkan Pengisar

Bagi menghilangkan bau pengisar selepas mengisar cili atau bawang, kisar sedikit hampas kelapa dengan sedikit air untuk menghilangkan bau dan daki.


2. Santan Lebih Pekat

Bagi mendapatkan santan yang lebih pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air hingga kelapa hancur. Kemudian, perah seperti biasa.


3. Kelapa Parut Tahan Lama

Untuk membuatkan kelapa parut agar tahan lama, simpan ia dalam peti beku. Ia boleh tahan 1 - 2 minggu.


4. Cili Giling Terlalu Pedas 

Masakan yang menggunakan cili kering yang digiling memang sedap. Namun begitu, jika cili terlalu pedas, ia mungkin boleh mengakibatkan sakit perut. Bagi mengurangkan pedas cili tersebut, goreng seketika cili kering tersebut dengan minyak. Kemudian toskan dan gilingkannya. Pedasnya akan berkurangan dan warna cili juga kelihatan lebih cantik.


5. Lauk Terlebih Masin

Kadang-kadang, tanpa disengajakan lauk yang kita masak menjadi terlalu masin dan menjadikan lauk kita kurang sedap untuk dimakan. Untuk mengatasi masala ini, cuba cara ini. Ambil sedikit daun pisang, bersihkannya, kemudian masukkan ke dalam masakan tadi. Rasa masin akan berkurangan kemudian.


6. Menghilangkan Bau Hangit

Cara untuk menghilangkan bau hangit termasuklah hangit nasi atau masakan lain ialah dengan cara memasukkan dua atau tiga tangkai cili kering ke dalam periuk. Kemudian tutup dan biarkan seketika. Bau hangit itu akan hilang.


7. Hindari Kumbang Beras

Letakkan 7 hingga 8 tangkai cili kering ke dalam tempat menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus dalam beras tadi.


8. Masalah Nasi Mentah

Jika nasi yang anda masak tidak cukup masak atau mentah, jangan risau kerana masalah ini boleh diatasi. Caranya ialah dengan hanya mengisi air panas ke dalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Kemudian buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi dalam periuk. Masukkan mangkuk yang berisi air panas tadi ke dalam periuk dan tutup periuk rapat. Biarkan di atas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak.


9. Menjadikan Bubur Kacang Lebih Enak

Sebelum anda merebus kacang, gorengkan kacang tersebut tanpa minyak. Goreng sehingga agak garing sedikit dan berbau wangi. Selepas itu, rendamkannya dalam air selama lebih kurang 2 jam supaya ia cepat kembang dan lebih cepat masak nanti. Dengan cara ini, anda akan mendapati bubur kacang itu lebih enak kerana bangkit bau wanginya. Jika ditambah durian, bertambah lah lagi keenakannya.


10. Melembutkan cucur / jemput-jemput / cekodok

Jika anda inginkan cucur yang lembut setelah dimasak, bancuhlah adunannya dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti akan lebih lembut walau pun setelah sejuk.


By Christine Wong

Petua Bater

Selamat Tengahari Semua,

Apa khabar anda semua? sihat? Saya dan rakan-rakan saya hendak 'update' blog ini sampai lebam minggu ini. Maka, menantikan maklumat yang akan kami 'upload' beberapa hari ya!! hehe..=D

Apakah Bater??

Bater merupakan adunan ataupun digelar sebagai campuran tepung dan cecair yang diadun untuk menghasilkan adunan yang licin dan berkrim.

Fungsi Bater??

Untuk mengekalkan tekstur, zat makanan, menyedapkan rasa dan memberikan tekstur yang lebih ranggup.

Tepung yang digunakan adalah tepung gandum dan tepung beras. Dimana, tepung beras adalah lebih mudah untuk diadun kerana ia tidak mengandungi gluten. Manakala, tepung gandum lebih mudah bergentel apabila kita mengadunkannya.

* Gluten: Merupakan protein yang terdapat di dalam tepung dan ia terbentuk apabila ia menyerap air dalam tepung serta membentuk rantai-rantaian.

Bater terbahagi kepada dua jenis, iaitu bater pekat dan bater cair. Tahukah anda bagaimana untuk membezakan bater pekat dan bater cair ini??

Bater pekat adalah pekat dan tidak jatuh laju seperti bater cair semasa dituang. Selain daripada itu, kita dapat membezakan bater pekat dan bater cair ini melalui nisbahnya, iaitu nisbah 1 : 1.25 untuk bater pekat dan nisbah 1 : 2.5 untuk bater cair. Dimana, 1 merupakan tepung dan 1.25 atau 2.5 merupakan cecair.

*Cecair termasuk telur, santan dan air.

Kegunaan bater pekat dan bater cair???

Biasanya, bater pekat ini digunakan untuk salut sotong, ayam, pisang goreng dan sebagainya. Manakala, bater cair digunakan untuk membuat kuih-kuih talam roti jala dan sebagainya.

Petua ranggup??

Ada, jangan risau maaa..Haha..=D

Untuk menghasilkan pisang goreng, ikan goreng, ayam goreng atau sotong goreng yang ranggup, anda boleh mencampurkan sedikit tepung jagung.. =D

Bagaimanakah menjadikan adunan yang tidak bergentel-gentel??

Sangat senang. Anda perlu mengacau dengan perlahan yang penuh dengan kasih sayang!haha..Tidak percaya?? Serius, sumpah tidak menipu la.. Saya pernah membuat adunan ini sudah. Kita perlu mengacau dengan penuh kasih sayang sampai tangan anda rasa lenguh. Kacau dengan senduk kayu ya..! =D


Bolehlah kita buat 'business' lepas ni..kan?..Petua kan sudah ada..haha..Baik, selamat mencuba ya!!

By Christine Wong

Sunday, 7 October 2012

Macam mana nak masak sedap....

Kita sebenarnya kalau masak mana ada sukatan semua pakai campak aje... tu baru  original ... kalau kita masak mesti ikut naluri dan keikhlasan hati ...percayalah apa pun yang kita masak mesti sedap. Kadang resepi yang dimasak ikut resepinya pun tak rasa sedap bukannya apa sebab kekadang kita masak kerana terpaksa.......dengan muka yang masam macam cuka.... mana nak sedap. Betul tak? Bagi kita orang Islam, memasak juga ada adabnya.... semua benda yang dibasuh/dicuci perlu diiringi dengan selawat supaya semua benda yang hendak dimasak selain daripada bersih, kesuciannya juga perlu. Niat dalam hati supaya apa yang dimasak menjadi dan disukai semua. Masak untuk keluarga pula mestilah disertai dengan kasih-sayang.... Jika niat kita elok InsyaAllah masakan kita mesti sedap punya..... Kalau tak caye cubalah petua ni.....lepas ni mesti semua pandai memasak…habis la kedai makan dan chef-chef Malaysia tak leh cari makan… :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...