Assalamualaikum....
Haiiiiii.... entry kali ni saya nak cita pasal pulut panggang a.k.a pulut lepo dan talam berlauk a.k.a pizza Malaysia.. Boring kan cuti-cuti gini. Teman-teman pon takdak. Jadi lebih baiklah saya mengupdate blog selagiadarasa.blogspot.com ni kan.. Okeilah... minggu lepas kumpulan kami telah menyediakan juadah kuih pedas/ savouri yang telah saya nyatakan kat atas tu.. kenapa kuih talam berlauk saya panggil pizza Malaysia?? sebab macam pizza kan..heheee.. taruk lauk banyak-banyak kat atas kuih tu .. sebijik cam pizza..tu pandangan mata saya la.. pulut lepo plak orang klate yang panggil pulut panggang tu pulut lepo.. kenapa panggil pulut lepo tak tau la plak saya kenapa.. :) okeilah.. kat bawah tu saya tunjukkan gmbar hasil masakan kami bertiga... :)
talam berlauk a.k.a piza malaysia |
pulut panggang yang tak nmpak d panggang pon..kikii.. |
Pulut panggang
Inti/ serunding ikan
3 ekor ikan kembung ~ direbus terlebih dahulu
*1 cm lengkuas
*1cm kunyit
*3 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
*2 batang serai
*2 biji cili merah
*2 biji cili kering
*1tsp ketumbar
*1tsp jintan manis
125ml santan pekat
pulut
300 gm beras pulut
250 ml santan cair
2tsp garam
daun pisang~ layur atas api
Cara-caranya ialah....
inti
Rebus ikan... bahan-bahan yang bertanda * ditumbuk/di kisar. lumat bahan-bahan tersebut masukkan ikan rebus(isi ikan je...tulang tak perlu.. :D).. tumbuk/kisar sampai semuanya dah lumat.
tumis bahan kisar sampai naik bau. kemudian masukkan santan pekat. nampak je agak kering boleh lah
ditutup api...
pulut
pulut direndam semalaman.. selepas cuci bersih pulut tersebut.. kukus pusingan pertama dalam masa 30minit.
kemudian angkat gaul dengan santan cair yang telah dimasukkan dengan garam. pastu kukus lagi smpai masak... sejukkan.. bolehlah dibungkus dengan daun pisang yang telah dilayur. kemudian bolehlah dibakar. nampak masak bolehlah di angkat dan dihidangkan... :).. makan panas-panas pon boleyyy.. ^_^
entry seterusnya saya akan kongsi resepi talam berlauk a.k.a pizza Malaysia.. tunggu....!!!
By : Akma Yasim.
No comments:
Post a Comment