Selamat Tengahari,
Malam ni masak apa ya?..Ermmm, banyak lauk rasanya..hehe..
Dengan merujukan petua-petua ini, bolehlah kita masak dengan lebih selesa, senang dan sedap!..
Selamat mencuba ya! =D
1. Cara Bersihkan Pengisar
1. Cara Bersihkan Pengisar
Bagi menghilangkan bau pengisar selepas mengisar cili atau bawang, kisar sedikit hampas kelapa dengan sedikit air untuk menghilangkan bau dan daki.
2. Santan Lebih Pekat
2. Santan Lebih Pekat
Bagi mendapatkan santan yang lebih pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air hingga kelapa hancur. Kemudian, perah seperti biasa.
3. Kelapa Parut Tahan Lama
3. Kelapa Parut Tahan Lama
Untuk membuatkan kelapa parut agar tahan lama, simpan ia dalam peti beku. Ia boleh tahan 1 - 2 minggu.
4. Cili Giling Terlalu Pedas
4. Cili Giling Terlalu Pedas
Masakan yang menggunakan cili kering yang digiling memang sedap. Namun begitu, jika cili terlalu pedas, ia mungkin boleh mengakibatkan sakit perut. Bagi mengurangkan pedas cili tersebut, goreng seketika cili kering tersebut dengan minyak. Kemudian toskan dan gilingkannya. Pedasnya akan berkurangan dan warna cili juga kelihatan lebih cantik.
5. Lauk Terlebih Masin
5. Lauk Terlebih Masin
Kadang-kadang, tanpa disengajakan lauk yang kita masak menjadi terlalu masin dan menjadikan lauk kita kurang sedap untuk dimakan. Untuk mengatasi masala ini, cuba cara ini. Ambil sedikit daun pisang, bersihkannya, kemudian masukkan ke dalam masakan tadi. Rasa masin akan berkurangan kemudian.
6. Menghilangkan Bau Hangit
6. Menghilangkan Bau Hangit
Cara untuk menghilangkan bau hangit termasuklah hangit nasi atau masakan lain ialah dengan cara memasukkan dua atau tiga tangkai cili kering ke dalam periuk. Kemudian tutup dan biarkan seketika. Bau hangit itu akan hilang.
7. Hindari Kumbang Beras
7. Hindari Kumbang Beras
Letakkan 7 hingga 8 tangkai cili kering ke dalam tempat menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus dalam beras tadi.
8. Masalah Nasi Mentah
8. Masalah Nasi Mentah
Jika nasi yang anda masak tidak cukup masak atau mentah, jangan risau kerana masalah ini boleh diatasi. Caranya ialah dengan hanya mengisi air panas ke dalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Kemudian buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi dalam periuk. Masukkan mangkuk yang berisi air panas tadi ke dalam periuk dan tutup periuk rapat. Biarkan di atas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak.
9. Menjadikan Bubur Kacang Lebih Enak
9. Menjadikan Bubur Kacang Lebih Enak
Sebelum anda merebus kacang, gorengkan kacang tersebut tanpa minyak. Goreng sehingga agak garing sedikit dan berbau wangi. Selepas itu, rendamkannya dalam air selama lebih kurang 2 jam supaya ia cepat kembang dan lebih cepat masak nanti. Dengan cara ini, anda akan mendapati bubur kacang itu lebih enak kerana bangkit bau wanginya. Jika ditambah durian, bertambah lah lagi keenakannya.
10. Melembutkan cucur / jemput-jemput / cekodok
10. Melembutkan cucur / jemput-jemput / cekodok
Jika anda inginkan cucur yang lembut setelah dimasak, bancuhlah adunannya dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti akan lebih lembut walau pun setelah sejuk.
By Christine Wong
By Christine Wong
No comments:
Post a Comment