Saturday 24 November 2012

Menu minggu ini ~ set Hidangan Melayu~

Termangu-mangu... dok pikir-pikir.. mana la idea tak kunjung tiba ni nak update blog masak-memasak untuk  minggu niiii.... hurmphhh..dah kering kot idea. Habis di perah untuk karang ayat tesissss kottt.. kononnya la kan!! :) . Hiiiihii... Okeilah... diringkaskan cerita, minggu ni geng lada cengek telah menyediakan 3 menu istimewa set hidangan Melayu iaitu DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI, TAUHU SUMBAT+KUAH KACANG dan KERABU KACANG BOTOL+TAUGEH.. memang menjilat jari lah sape-sape makan masakan kami pada minggu ni.. perasanlah sangat kann!!!hihi...  nak tau apa resepi rahsia sampai boleh menjilat jari tu... okei jom.. Lihat dibawah ini resepinya.. :)

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI

220g Daging batang pinang
*15g Cili Padi
*5g Kunyit Hidup
*2g Bawang Putih
*5g Bawang Merah
1 batang serai dititik
2 keping asam keping
*bahan-bahan yang ditumbuk/dikisar
Cara-caranya adalah:
1. Daging dibersihkan kemudian direbus hingga empuk. Kemudian bakar didalam oven selama 5minit menggunakan suhu 200C.
2. Setelah daging dibakar, hiris nipis-nipis daging tersebut.
3.Kemudian, tumiskan bahan-bahan yang bertanda *sehigga naik bau.
4.Dengan api yang perlahan, masukkan santan dan secawan air. Setelah kuah agak mendidih, masukkan daging salai dan asam gelugur. Masukkan juga garam secukup rasa. 
5.Pastikan masakan sentiasa dikacau agar tidak pecah minyak. Kacau dan terus kacau sehingga masak yer.. :)
TAUHU SUMBAT+KUAH KACANG

3 keping tauhu
95g timun~dihiris jejari
70g lobak merah~dihiris jejari
85g sengkuang~dihiris jejari

KUAH KACANG

145g kacang tanah~goreng tanpa minyak
*7g cili kering
*5g belacan
*5g bawang putih
*10g bawang merah
125ml santan
30ml asam jawa
125ml air
1/2 tsp garam
1tsp gula
30ml minyak masak
*dikisar/ditumbuk
Cara-caranya adalah:
1.Tauhu dibasuh sekali lalu di bawah air. Kemudian lap kering menggunakan tisu dapur.(supaya tidak meletup bila digoreng). Lepas tu, bolehlah digoreng hingga kekuningan dan diangkat serta tos kan dahulu.
2.Apabila tauhu sudah sejuk, potong menyerong (segitiga) dan hiriskan sedikit dipermukaan tengah perut tauhu tersebut.
3.Lepas tu, bolehlah dimasukkan sayur-sayuran yang dihiris jejari tu... :)

KUAH KACANG:
1.Goreng kacang tanah sehingga garing tanpa menggunakan minyak.
2.Setelah garing, biarkan sejuk kemudian tampi kacang tanah tersebut untuk buang kulit. 
3.Kemudian, kacang tanah ditumbuk/ dikisar kepada 3 bahagian. Kasar,sederhana halus dan halus.
4.Tumiskan bahan-bahan yang bertanda * sehingga garing. Kemudian masukkan kacang dan sedikit air asam jawa. Kacau sehingga sebati.
5.Kemudian masukkan santan dan masak menggunakan api yang sederhana perlahan sehingga pekat dan perasakan dengan garam dan gula.
6.Masak sehingga kuah kacang terbit minyak dari santan tadi.Pastikan kuah kacang sentiasa dikacau.


KERABU KACANG BOTOL & TAUGEH

50g kacang botol~hiris nipis
50g taugeh~dicelur
50g kelapa parut
80g bawang besar
55g limau nipis
garam & gula ~ secukup rasa

bahan dikisar/tumbuk
20g cili merah
35g bawang merah
20g udang kering
5g kunyit
Cara-caranya adalah:
1.Masukkan bahan mesin, kelapa dan garam dalam kuali. Kacau sehingga agak garing.
2.Tutup api dan masukkan semua bahan sayuran, gula dan jus asam limau. Kacau rata.

Okeii... da siap untuk ketiga-tiga resepi. selamat mencuba yerrr!!! :)

by: Akma Yasim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...