Friday, 21 December 2012

Epal Hijau ke Epal Merah????




Assalamualaikum dan selamat malam kawan-kawan semua…bila kerja dah selesai semua, tak tahu pulak nak buat apa kan..sambil saya tengah makan buah epal hijau dan epal merah yang dicicah dengan garam ni minda saya pun berfikir nak tulis tentang apa ye…kawan-kawan pernah tak makan buah epal cicah dengan garam?? Garam halus tau..sedap sangat rasanya…Apa khasiat buah epal ni ye? Betul ke buah epal hijau ni tak elok untuk otak??



ni buah epal yang saya makan sambil tulis blog...:-)
 





Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku pembentukkan lemak dalam badan.

Dan antara fakta lain mengenai kebaikan epal dalam aspek kesihatan adalah :
1.     - Sebiji epal sehari memberi anda sejumlah lima gram serat.
2.     - Mengandungi anti oksidan yang menurunkan risiko masalah jantung dan barah.
3.     - Membantu kesihatan membran paru-paru.
4.     - Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5.     - Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6.     - Membantu mengekalkan berat badan.

 



 by : Hafizah Hashim..:-)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...