Assalamualaikum dan salam mesra kawan-kawan semua…saya
dah selamat di kampung halaman… macam yang saya janjikan saya nak masak
puas-puas kat rumah kan…nak tau saya masak apa…jom tengok…ok, bila tengok
bahan-bahan yang ada kawan-kawan tau tak saya nak masak apa..
Ok, menu saya hari ni adalah sambal udang petai, sup pak
choy sos tiram, ayam bakar special, ikan goreng, sambal belacan dan ulam- ulaman.
ni sayur pak choy |
ni la sup sayur pak choy |
Sup Pak
Choy Sos Tiram
4 ikat Pak Choy
2 biji bawang putih-dicincang halus
1 paket fishball
1 biji bawang besar - dipotong 8
3 sudu sos tiram
1 biji cili besar - dipotong
1 sudu stok ayam
2 cawan air
Langkah
penyediaan :
- Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan fishball, goreng sebentar dan masukkan air.
- Masukkan stok ayam dan sos tiram. Masukkan sayur, bawang besar dan cili besar. Sesuaikan rasa dan sedia di makan bersama nasi putih..
ni la sambal udang with love...:-) |
Sambal
Udang Petai With Love
1kg udang
I ikat petai
1biji bawang besar
1biji bawang putih
1cm halia
15biji cili kisar
Gula dan garam
Sedikit gula merah
Langkah penyediaan :
- Tumiskan cili kering yang telah dikisar bersama bawang besar, bawang putih, dan halia.
- Masukkan gula merah, masak sehingga naik minyak.
- Masukkan udang..sesuaikan rasa dan akhir sekali masukkan petai.
- kacau sebentar dan siap dihidang.
Di bawah ni adalah bahan-bahan nak buat ayam bakar...nak buat ayam bakar ni kena perap dulu..lagi lama kita perap lagi terasa bahan perapan tu..senang je nk bt bahan perap ni sapa-sapa pun boleh buat..hehehe..saya perap guna bawang putih,bawang merah, sos tiram, sos lada hitam dan sedikit madu..lepas tu masak dalam oven sehingga ayam masak...lepas tu boleh la makan..heheheh...
ni ayam yang saya perap |
hasil ayam bakar resepi saya...:-) |
Memang puashati sangat tau bila
boleh masak sendiri ikut citarasa sendiri. menu kat atas ni tidak lengkap kalau
tak ada sambal belacan dan ulam-ulaman.
ulam-ulaman yang segar lagi berkhasiat |
set menu saya hari ni bersama keluarga... |
Akhirnya
selesai masakan saya untuk hari ini..seronok sangat dapat masak dan makan
bersama suami dan keluarga tercinta..:-)
set makan tengahari saya dan keluarga... |
by : Nurul Hafizah binti Hashim
No comments:
Post a Comment