Saturday, 22 December 2012

sedapnya makan roti canai...



Assalamualaikum dan selamat pagi kawan-kawan…masih tidur ke ni? kawan-kawan dah sarapan ke?kawan-kawan sarapan apa pagi ini..jangan abaikan sarapan pagi tau.. walaupun hari minggu rasa malas nak bangun awal tapi bila kita tidak ambil sarapan nanti masa makan tengahari kita akan makan dalam kuantiti yang banyak..sangat bahaya tu…pagi ni saya sarapan roti canai telur…suami yang belikan sebab dia tahu makanan kegemaran saya adalah roti canai dan nasi lemak..hehehe..dah 4 tahun kat Tanjung Malim ni baru kami jumpa tempat roti canai yang sedap..nak tahu kat mana?kat depan KTM dan sebelah gelanggang futsal..memang sedap roti canai kat situ…tapi takpe lepas ni boleh makan selalu sebab dah jadi rakyat Tanjung Malim kan…hehehe..yelah sebelum ni beli kat kedai mamak kuahnya sangat la masam dan tekak ni tak boleh terima…kalau beli selalu kena cicah dengan susu je..huhuhu…tapi dalam roti canai guna telur…isu sekarang adakah telur yang digunakan dibasuh atau tidak…kat bawah ada sedikit maklumat tentang isu telur dalam roti canai…heheheh..pastikan setiap makanan yang kita makan suci bersih ye…:-)


ni la roti canai telur sarapan saya pagi ni...:-)










Hukum asal makan roti canai telur dan murtabak adalah harus . Apa yang menimbulkan masalah ialah apabila penebar roti canai atau murtabak, tidak membasuh telur yang digunakan. Ini kerana tempurung telur yang tidak dibasuh mengandungi najis (bercampur tahi ayam). Apabila penebar roti canai tadi memegang telur yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangan penebar tadi bernajis, dan terus menggaulkan dengan tepung, dan secara langsung telah menggaul najis dalam roti canai ataupun murtabak.


Dinasihatkan juga kepada ibu tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telur dalam masakan, hendaklah membasuh telur terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram. 


Dalam sebuah kisah yang terkenal. Suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah,


  
“Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.”

Rasulullah menjawab: Hai Sa’ad! Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah orang yang) diperkenankan permintaan, dan demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke perutnya, tiada diterima Allah amalannya empat puluh hari (Riwayat Tobroni).

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: “setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya (Riwayat Tirmizi)”. Pastikan makanan kita bersih dan suci.


by : Hafizah Hashim...:-)







1 comment:

  1. gud info chef hafizah..baru t'pikir psal roti canai teluq tu..pasni kena tgk btul2 kt kdai,tlur tu da bsuh ke x..xpasai2 mkn roti canai ngn perisa tmbahan..uhuu >_<

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...