Salam Satu Malaysia,
Menu untuk minggu ini ialah menu Cina. Menu yang disediakan adalah dari 'appetizer' sehingga ke 'main course' sahaja. Tetapi, ia agak banyak kerja untuk dilakukan oleh kami. Kami mengalami minggu yang sangat letih pada minggu lepas, huhu.. tapi, tidak mengapa kerana hasil yang diperolehi adalah hasil yang sangat berharga untuk kami. Yang penting, rasa dan tekstur serta warna masakan kami menarik! Betul atau tidak? hehe.. Baik, dah tiba masanya kami berkongsi resipi-resipi masakan Cina.
Apa kata minggu ni anda cuba buat masakan Cina ini untuk kekasih tersayang anda? Mesti mereka terkejup bila nampak masakan yang cantik dan istimewa ini, kan?Selamat mencuba!! =D
- 'Appetizer' / pembuka selera
Pie Tee
Porsi : 2 orang
Bahan-bahan yang diperlukan Alatan yang
diperlukan
A.
Bahan-bahan: Peralatan
yang diperlukan:
Kulit pie tee
40
gm Tepung gandum -
diayak Penimbang
65
gm Tepung beras -
diayak Mangkuk
175
ml Air Kuali
8
gm Garam Senduk
kayu
4
gm Gula Calung
pie tee
250
ml Minyak masak Periuk
1
biji Telur Garfu
Inti pie tee Pengayak tepung
45
ml Minyak masak Pemarut
5
gm Bawang putih –
dicincang kasar Pisau
70
gm Isi udang –
dicincang kasar Papan
potong
120
gm Sengkuang – diparut
kasar
50
gm Lobak merah –
diparut kasar
90
gm Timun – diparut
kasar
Sos pie tee
30
ml Sos Thai
B.
Hiasan:
2
gm Daun bawang –
dipotong halus
C.
Langkah penyediaan:
a. Kulit
pie tee
1.
Ayakkan
tepung gandum dan garam. Masukkan lada
sulah, bahan perasa dan gula.
2.
Campurkan
telur dan air serta menggaul sehingga sebati. Pukul semua bahan tersebut
sehingga kembang dan berbuih.
3.
Peramkan
adunan selama 20 minit.
4.
Panaskan
minyak dalam kuali yang dalam atau dalam periuk.
5.
Rendam
calung pie tee dalam adunan separas ¾ dan masukkan ke dalam minyak panas
seperti membuat kuih goyang atau kuih ros. Biarkan sebentar sehingga adunan
agak lekang. Tolak keluar dengan lidi atau garfu.
6.
Gorengkannya
sehingga berwarna kekuningan. Ulang sehingga adunan habis.
b. Inti
pie tee
1.
Panaskan
minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau dan masukkan udang. Goreng sehingga
masak. Tutupkan api.
2.
Masukkan
lobak merah, sengkuang dan timun yang telah diparut, gaul rata dan ketepikan.
D. Menghias
dan menghidang:
1.
Menghiaskan
pie tee dengan daun bawang yang halus di atasnya.
2.
Sos
dihidangkan sekali dengan pie tee dalam ‘bb plate’ bersama dengan ‘appetizer
fork’ dan ‘appetizer spoon’.
2. Sup
Crab Meat And Egg Drop Soup
Porsi
: 2 orang
Bahan-bahan yang diperlukan Alatan yang
diperlukan
A.
Bahan-bahan: Peralatan
yang diperlukan:
30 ml Minyak masak Kuali
5 gm Bawang besar –
dicincang Senduk
1500 ml Stok ayam Garfu
1 biji Telur ayam –
dipukul sehingga kembang Pisau
35 gm Tepung jagung –
dilarutkan bersama air Papan
potong
22 ml Air – membancuh
tepung jagung Periuk
200 gm Isi ketam tiruan Senduk
kayu
5 gm Lada sulah Mangkuk
Penimbang
B. Hiasan:
5 gm Daun bawang –
dipotong halus
C. Langkah
penyediaan:
1.
Panaskan
minyak dan tumiskan bawang besar sehingga naik bau dan agak kekuningan.
2.
Kemudian,
masukkan stok ayam dan biarkan ianya mendidih.
3.
Setelah
itu, masukkan isi ketam dan renehkan selama 8 hingga 10 minit. Perasakan dengan
lada sulah.
4.
Perlahankan
api dan masukkan telur sedikit demi sedikit sambil bahan dikacau secara satu
arah sahaja.
5.
Kemudian,
masukkan bancuhan tepung jagung untuk melikatkan kuah.
6.
Hidangkan.
D. Menghias
dan menghidang:
1.
Menghiaskan
sup dengan meletakkan sedikit daun bawang pada permukaan sup.
2.
Dihidangkan
pada ‘soup cup and saucer’ bersama ‘soup spoon’.
3. Hidangan Sampingan
Kubis Gulung Berinti
Porsi : 2 orang
Bahan-bahan yang diperlukan Alatan yang
diperlukan
A.
Bahan-bahan: Peralatan
yang diperlukan:
Inti kubis gulung berinti
100 gm Isi ayam – dicincang Pengukus
100 gm Isi udang – dicincang Mangkuk
10 gm Cendawan Cina – direndam dan
dihiris Pisau
30 gm Bawang besar – dicincang Papan
potong
30 gm Lobak merah – dipotong julienne Senduk kayu
8 gm Daun saderi – dipotong halus Pengepit
5 gm Daun bawang - dipotong halus Periuk
10 gm Tepung jagung Penimbang
5 gm Garam
3 gm Lada sulah
Sos kubis gulung berinti
250 ml Stok ayam
30 gm Bawang besar – dicincang
160 gm Tomato – dicincang halus
10 gm Tepung ubi
12 gm Cili kisar
15 gm Marjerin
5 gm Garam
3 gm Lada sulah
B.
Hiasan:
3 gm Daun bawang – dipotong halus
C.
Langkah penyediaan:
a. Inti
kubis gulung berinti
1.
Campurkan
semua bahan untuk inti. Gaul rata dan perasakan.
2.
Bersihkan
dan layukan helaian kubis tersebut.
3.
Letakkan
secukupnya inti di atas daun kubis dan gulung dengan kemas. Ulang pada setiap
helaian kubis. Kukus gulungan kubis dengan mengunakan pengukus.
4.
Sementara
itu, sediakan sos.
b. Sos
kubis gulung berinti
1.
Panaskan
marjerin. Tumiskan bawang besar dan lada kisar dalam periuk. Kemudian, masukkan
stok tomato dan biar mendidih.
2.
Apabila
ianya mendidih, masukkan tepung ubi kayu yang dilarutkan dengan sedikit air.
Sesuaikan rasanya.
3.
Apabila
sos menjadi pekat, masukkan kubis gulung dan biarkan ia masak sebentar.
4.
Angkat,
potong menjadi saiz yang kecil dan bersesuaian. Kemudian, hidangkannya.
D. Menghias
dan menghidang:
1.
Menghiaskannya
dengan menggunakan daun bawang dan dihidangkan dalam pinggan bujur bersama
‘appetizer fork and spoon’.
4. Hidangan Utama / ' Main Course'
Beef With Green Pepper
Porsi
: 2 orang
Bahan-bahan yang diperlukan Alatan yang
diperlukan
A.
Bahan-bahan: Peralatan yang diperlukan:
Beef with green pepper
300 gm Daging batang pinang
– dihiris nipis Kuali
160 gm Lada benggala hijau
– dipotong julienne Periuk
5 gm Bawang putih –
dicincang halus Pisau
5 gm Halia – dicincang
halus Papan
potong
30 ml Sos tiram Senduk
30 ml Kicap cair Penimbang
125 ml Air
28 gm Tepung jagung –
dilarutkan bersama air
30 ml Air – membancuh
tepung jagung
25 ml Minyak masak
5 gm Gula
5 gm Garam
3 gm Lada sulah
Nasi putih
225 gm Beras
325 ml Air
5 gm Daun pandan
B. Hiasan:
2 gm Cili merah –
dihiris halus
C. Langkah
penyediaan:
a. Beef with green pepper
1.
Perapkan
daging bersama dengan gula, garam, lada sulah selama sejam.
2.
Panaskan
minyak dan gorengkan daging sebentar dengan api yang besar. Angkat dan asingkannya
serta tapiskan minyak.
3.
Panaskan
minyak dan tumiskan bahan yang dicincang halus sehingga kekuningan. Kemudian,
masukkan sos tiram dan kicap cair. Kacau rata.
4.
Selepas
itu, masukkan daging dan lada benggala hijau tersebut. Kacau rata.
5.
Perasakan
dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkannya.
6.
Angkat
dan hidangkannya.
b. Nasi
putih
1.
Cuci
beras sehingga bersih.
2.
Kemudian,
masukkan beras, daun pandan dan air di dalam periuk.
3.
Masak
nasi dengan menggunakan api yang sederhana tanpa menutup periuk.
4.
Selepas
8 hingga 10 minit atau setelah air beras kering, barulah periuk boleh ditutup.
5.
Perlahankan
api dan tunggu hingga nasi benar-benar masak.
D. Menghias
dan menghidang:
1.
Menghiaskannya
dengan menggunakan sedikit cili merah yang telah dihiris tersebut pada
permukaan hidangan.
2.
Hidangkan
dengan menggunakan ‘appetizer plate’ bersama ‘table fork and spoon’.
By Christine Wong
good resepi
ReplyDelete