Friday, 21 December 2012

PETUA-PETUA DI DAPUR



Hai kawan-kawan…saya sambung lagi ni…seronok jugak bila dah habis semua tugasan dihantar..Boleh fokus kat blog kesayangan ni je…boleh la update blog sampai lebam…heheheh..kali ni saya nk kongsi petua yang saya guna dalam buku resepi yang kumpulan saya hasilkan…Dekat bawah ni ada petua-petua yang berguna dan penting bila kita kat dapur….



1.         SAYUR TAHAN LEBIH LAMA

Sayur-sayuran segar terutamanya yang berdaun hijau amat mudah rosak dan layu jika disimpan lama. Untuk mengekalkan kesegarannya dan tahan lebih lama, balut sayur-sayuran ini dalam kuantiti yang kecil dengan menggunakan kertas atau surat khabar lama. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik dan simpan di bahagian sayur-sayuran dalam peti sejuk. Insya-Allah sayur-sayuran tersebut akan tahan dua hingga tiga hari berikutnya dan masih segar apabila ingin dimasak.

2.         HILANGKAN BAU HANGIT MAKANAN

Memasak nasi menggunakan dapur manual, jika tidak pandai mengendalikannya akan berpotensi untuk hangit. Untuk mengelakkan bau hangit ini, ambil dua biji cili kering yang sudah dibersihkan dan letakkan di dalam periuk nasi tersebut. Kemudian tutup nasi dan biarkan seketika sehingga baunya hilang. Cara ini juga boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan lain untuk mengurangkan bau hangit.

3.         TAUHU TAHAN LAMA

 

Tauhu ialah sejenis  bahan makanan yang sangat sedap tetapi tidak dapat bertahan lama kerana mudah rosak. Untuk mencegah tauhu cepat berbau dan berasa masam, cuci dengan menggunakan air bersih dan simpan didalam mangkuk. Isikan air bersih ke dalam mangkuk tersebut dan simpan di dalam peti sejuk. Seeloknya tukar air tersebut setiap hari selagi tauhu tersebut tidak habis digunakan. 


4.         MUDAH MENGOPEK KERANG
 
Ramai yang suka makan makanan laut ini tetapi tidak ramai yang suka mengopeknya terutama sekali kanak-kanak. Untuk memudahkan kopek kerang, petuanya adalah dengan mencampurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan. Kulit kerang akan terbuka sedikit dan lebih mudah untuk mengopeknya.



5.         ELAK BUAH LEBAM
 

Buah-buahan adalah satu kemestian dalam diet seharian bagi membekalkan kita dengan sumber nutrisi dan vitamin. Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah di sapu dengan limau nipis terlebih dahulu. Jus daripada limau nipis ini mengandungi asid yang mengelak potongan buah-buahan daripada menjadi lebam terutamanya buah-buahan seperti epal, pear, dan lain-lain. Selain itu, boleh juga dengan cara merendam seketika ke dalam air ais atau air garam bagi mengekalkan warna aslinya.

7.         MASALAH NASI MENTAH 

Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup masak atau mentah, jangan risau kerana masalah ini masih boleh diatasi. Caranya ialah isikan air panas ke dalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, kemudian masukkan mangkuk berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkan di atas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi betul-betul masak. Kaedah ini seperti mengukus kerana stim daripada air panas tersebut akan memasak bahagian nasi yang mentah.



by : Hafizah Hashim.. :-)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...