Assalamualaikum..
Tengok tajuk resepi kat atas semua orang dah tau resepi yang saya nak kongsikan dengan anda semua pada petang ini iaitu kerabu. Ada sape-sape x suka makan kerabu ke? Ishh.. Hilang nikmat hidup bak kata seorang pensyarah saya suatu ketika dulu apabila tidak suka makan sesuatu makanan yang sedap. Hiiihi.. Sebenarnya gurauan je tu. Lain orang, lain citarasa. Contohnya si Peah suka makan cekodok pisang, si Bedah pulak suka makan cucur udang. Ishh.. merepek pasal Peah dan Bedah plak. Dah-dahlah.. Mari kita bercerita pasal resepi yang saya nak kongsikan dengan anda semua.. :-) Nak tau kerabu apa? KERABU PERUT. Kenapa kerabu perut?? Sebab masukkan perut maka jadilah kerabu perut. Perut lembu okei. Selain daripada perut saya juga masukkan PUCUK PAKU+PUCUK UBI+BUNGA KANTAN+KACANG PANJANG. Wah..nanti ada orang tanya tak pening ke campur banyak-banyak bahan tu. Jawapannya TAK!! ;-) Sebab campur banyak bahan ni la maka ia dipanggil kerabu.. :-) Lagi banyak bahan..lagi sedap.. sedap hingga menjilat jari..hihii.. :p Tapi resepi ni original KELATE punya taw.. Sebab lain tempat, lain dia punya resepi dan kerabu ni pertama kali saya buat atas permintaan dari encik SUAMI TERCINTA:-) Heehee..Okeilah.. tak payah banyak membebel lagi..jom kita lihat resepi kat bawah.. :-)
Ini lah hasil air tangan saya yang pertama kali buat kerabu perut!! Sodap!!:p |
Bahan-bahan:
*pucuk ubi
*pucuk paku
bunga kantan-potong nipis
daun kesom-potong halus
kacang panjang-potong nipis
asam limau nipis
ikan selayang/sardin (direbus)
perut lembu-rebus sampai lembut kemudian hiris nipis-nipis
kerisik
bawang merah
lada hitam
budu
bawang besar holland-mayang
cili merah
gula
garam
*pucuk ubi dan pucuk paku dicelur-perah buang air kemudian potong halus-halus.
Cara-cara:
- tumbuk bawang merah, lada hitam, garam dan ikan rebus yang dihancurkan.
- kemudian masukkan semua bahan iaitu pucuk paku, pucuk ubi kayu, daun kesom, kacang panjang, perut , kerisik, termasuklah bahan yang ditumbuk ke dalam bekas. Tuangkan santan, perah asam limau, masukkan gula, budu, bawang besar, lada dan gaulkan.Siap!!Boleh dihidang bersama nasi panas ataupun diratah pun sodap!!hehee..
Selamat mencuba!!
wauu!menyelerakan..k.mama..wat la kerabu kt umah swa..kmpunan i..hik3
ReplyDeletewat la sndiri.. resepi i da bg da tu..:D
ReplyDelete