Monday 8 October 2012

Mee Kari Sedappppp!!!

Woha!!! Petang ni saya nak sambung bercerita pasal mee kari plak...  sebelum nak cita pasal mee kari tu.. izinkan saya nak gelak puas-puas dulu.. hahahaaa.. Haipppp..haippp..jangan kata saya tak betul plak.heheee.. sebenarnya apabila teringatkan pasal mee kari ni.. automatik saya jadi nak tergelak.. yelah pandai sangat ubah resepi yang Puan Ida yang sungguh comel tu bagi.. heee..ubah jadi macam mana ye?? ubah jadi MEE KARI MANIS... euwww..bila ingat balik..macam tak boleh nak telan mee kari yang saya masak.hahahaaa.. tula pandai sangat tambah gula kan... :) yelah..manalah saya tau mee kari tak boleh tambah gula..biasanya apabila masak kat rumah..kari ayam ke..kari daging ke..kari ikan ke.. semuanya masuk je gula..al maklumlah KELANTAN ORI..semuanya nak manis-manis belaka..hehhee.. tp dalam bab MEE KARI ni tak boleh.. jadi rasa macam pelik je bila kuah kari berpadu dengan mee..heheee.. takpelah..lain kali bila buat mee kari tak nak buh gula lagi okei.. <------ peringatan untuk diri sendiri.. okeilah...tak payah banyak membebel lagi.jum kita lihat apa resepi mee kari yang kumpulan kita orang masak tempoh hari.. :)

Bahan-bahannya adalah terdiri daripada bahan kering dan bahan basah( apabila nak masak mesti ada bahan basah dan bahan kering kannnn.. :p)

Bahan basah:

Mee kuning ~ 200gm
Udang ~ 150gm
Dada Ayam ~ 250gm
Fish Cake ~ 2 keping
Fish Ball ~ 1 paket
Isi Kerang ~150gm
Tauhu ~ 2keping
Tomato ~ 140gm
Sawi ~ 150gm
Taugeh ~ 100gm
Daun Kari ~  1 tangkai
Cili Merah ~ 2biji
Limau Kasturi ~ 2 biji
Daun Bawang ~1 tangkai

Bahan Kering:
Santan Kotak ~  375ml
Rempah Kari ~ 100gm
Telur ~ 2 biji
Bunga Cengkih ~ 2 biji
Buah Pelaga ~ 2 biji
Kulit Kayu Manis ~ 3cm
Bunga Lawang ~ 1 kuntum
*Bawang Merah ~ 40gm
*Bawang Putih ~10gm
*Halia ~ 2cm
Asam Keping ~ 2 keping
Bawang Goreng ~ 5gm
Garam ~2tsp

cara-caranya adalah:
1. Tumis rempah empat sekawan tu..(bunga lawang+bunga cengkih+kulit kayu manis+buah pelaga). agak-agak da nak hangit tu tp jangan sampai hangit plak. kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar.(bahan-bahan yang bertanda *). Tumis sehingga naik bau.
2. kemudian boleh ler masukkan pes kari yang dibancuh dengan air bersama dengan daun kari dan juga asam keping. Tumis ler sampai garing dan pecah minyak rempah kari tu. pastikan masak tau menumis rempah kari tu. untuk elakkan sakit perut. kalau menumis tak masak, mak saya cakap kita mudah sakit perut dengan kata lain kita kena cirit-birit le tu..heheee...
3.apabila dah masak menumis tu, boleh la di masukkan ayam. gaul-gaul ayam sampai tersalut rempah kari tu..bolehlah dimasukkan santan.
4.mendidih je santan, boleh lah dimasukkan udang,isi kerang,bebola ikan, dan kek ikan. jangan lupa masukkan juga perasa iaitu garam ye!
*telur+cili merah+daun bawang+bawang goreng+limau kasturi~ bahan-bahan ni semua bertindak sebagai hiasan. jangan lupa telur tu rebus dulu ya... :) manakala tauhu tu dipotong kecil-kecil dahulu kemudian baru digoreng dan ditabur semasa mee kari hendak dihidang.
Ops... lupa!!sayuran seperti sawi dan taugeh tu dicelur terlebih dahulu. masa nak hidang tu la baru ditabur bersama-sama bahan-bahan hiasan yang lain..:) tomato plak boleh juga hendak dimasukkan dalam kuah ataupun dibuat hiasan.. :)...
Senangkan..walaupon macam berjela-jela saya taip cara nak masak mee kari ni..hehehe..
Selamat mencuba... :)


tadaa..nilah mee kari yang kumpulan kami hasilkan..


p/s~ sekarang saya dah pandai masak mee kari..nanti bolehlah saya masakkan untuk SUAMI TERCINTA..hehe..taataa~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...