Monday, 1 October 2012

Gulai Ikan kering


Gulai Ikan Kering
Bahan-bahan:
1/2 Nenas - hiris nipis2
6 keping isi/tulang ikan kering - ikan talang kebiasaannya
1 bungkus rempah kari ikan/ kari ikan kering
4 cawan santan
daun kari
3 ulas bwg merah - utk ditumis
2 ulas bwg putih - untuk ditumis
minyak masak
garam- sekiranya perlu

Cara masak:
1.  Rebus nenas yang dipotong tu dengan sedikit air..bila dah agak masak, toskan.. sebab direbus dulu nenas ni adalah nak elak rasa masam nenas yang melampau sgt bile buat kari..
2. Bancuh rempah dan air didalam periuk, didihkan. 
3. Kemudian msukkn ikan kering dan tunggu sehingga air kering sedikit atau ikan agak masak. Masukkan santan dan nenas. Biarkn sehingga mendidih dan masak.
4. Masukkn garam jika perlu sebab ikan ni selalunya dah masin. Tapi bergantung pd jenis ikan yang digunakan juga..Kdg-kdg, tak masin sangatkn, so korang pandai2 lah tambah garam k?
5. Bila dah mendidih dan masak kari ni, tutup api dan ketepikan..panaskn minyak dalam kuali kemudian tumis bwg merah, bwg putih dan daun kari sehingga wangi. Masukkan dalam kari yang dah siap masak tadi dan biarkan sekejap. Siap untuk dihidang. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...