Sunday, 7 October 2012

Bihun goreng diet...

Hari ini hari minggu...macam biasa la bangun pagi je mesti masuk dapur..lapar je masuk dapur la cari makanan..fikir punya fikir kalau buat bihun goreng sedap jugak ni..jangan tanya la kenapa tak masak nasi je...tengah diet ni kan...kena kurangkan makan nasi la...kalau main makan je rosak la program diet..heheh..ok, nak tahu tak kenapa panggil bihun diet?sebab sayur melebihi bihun...makan bihun rasa sayur je...kata nak sihat kan...kena la lebihkan sayur-sayuran dalam pemakanan anda...hehehe...



Ni la rupa bihun goreng diet...




Resepi bihun goreng diet

bahan -bahan :
bihun  (1/4 dari sebungkus bihun)
cili kisar (ikut kepedasan yang anda suka la)
bawang putih (dicincang halus)
sos cili
sos tiram
kicap
sayur sawi
kobis
carrot
sosej  (di potong jangan terlalu nipis nanti hancur)
telur sebiji 


Cara-cara memsak : (guna kaedah menggoreng je...)

  • Mula-mula masukkan minyak tumis bawang putih, bila naik bau masuk la cili kisar...agak cili tu masak sekejap.lepas tu masuk la sos cili, sos tiram dan kicap...
  • Lepas tu pecahkan telur.kacau telur dan biarkan sehingga masak bahan-bahan tumis tu sekejap..
  • Kemudian, masukkan bihun yang telah direndam.kira bihun tu lembut sedikit la.lepas tu masuk la semua jenis sayur tu...kacau hingga bihun dan sayur sebati dengan bahan tumis..
  • Akhir sekali masukkan sosej, kacau lagi hingga semua bahan sekata(bihun ni tak letak gula dan garam sebab sos tiram dan kicap dah cukup bagi rasa.boleh je tambah kalau tak cukup rasa)..
  • Siap dihidangkan...


P/S : selamat mencuba...sangat mudah dan cepat...sapa-sapa pun boleh buat... :-)












2 comments:

  1. i will try this..ehee.thanx ladacengek!!almaklumla i nie xpndai masak..resipi mudah2 cmni leh la try...hahaaa

    ReplyDelete
  2. yelah tu tak pandai masak...selagi ada rasa mesti sedap la..heeee...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...