Salam Sejahtera,
Kerja amali yang dilakukan pada minggu ini ialah kuih-muih manis. Di mana, kami telah menyediakan kuih kacang dan bubur kacang hijau. Cara penyediaan untuk kedua-dua menu ini adalah mudah dan sesuai untuk mereka yang baru belajar memasak. Kuih lapis dan bubur kacang hijau ini amat sesuai Hari Raya kerana ia amat sedap dan menarik. Berikan komen anda setelah anda mencuba ya. Sebab ramai yang hendak memasak untuk ahli keluarga yang tersayang, kan?..
Akhirnya, Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat mencuba. =D
Kuih Lapis
Porsi:
2 orang
Bahan-bahan yang diperlukan Alatan yang
diperlukan
a. Bahan-bahan Peralatan
yang diperlukan:
385
gm Tepung gandum Penimbang
110
gm Tepung ubi Dulang
1200
gm Santan kotak – ditambah dengan
air Mangkuk
10
gm Garam Sudip
230 gm Gula pasir Pengukus
40 gm Pewarna merah (sirup) Alat menghidang:
Appetizer plate
Appetizer
fork
b. Hiasan:
1
helai Daun pandan – dipotong
dengan bentuk ‘v’ sebagai pelapik
Prosedur memasak:
1. Tepung
gandum dan tepung ubi diayak bersama.
2. Gula
dan santan dikacau sehingga gula larut sepenuhnya.
3. Buat
lubang di tengah tepung dan masukkan santan. Kacau hingga rata selama 10 minit.
4. Rehatkan
adunan tepung selama 15- 20 minit.
5. Adunan
tepung dibahagikan kepada dua; satu bahagian dibiarkan putih dan satu bahagian
lagi diwarnakan merah.
6. Panaskan
air kukusan sehingga biar mendidih. Letakkan talam di dalam periuk kukus.
7. Masukkan
sesenduk adunan putih, tutup kukus dan biarkan selama 3 minit (atau separa
masak).
8. Ulangi
langkah 7 dengan menggunakan adunan merah.
9. Ulangi
langkah 7 dan 8 sehingga adunan habis.
10. Kukus selama 20 minit lagi. Setelah sejuk boleh dipotong.
Menghias dan menghidang:
1. Kuih
lapis dilapik dengan menggunakan daun pandan.
2. Dihidangkan
pada appetizer plate.
Bubur Kacang Hijau
Porsi:
2 orang
Bahan-bahan yang diperlukan Alatan yang
diperlukan
a. Bahan-bahan Peralatan
yang diperlukan:
220
gm Kacang hijau Periuk
70
gm Gula pasir Mangkuk
100
gm Gula Melaka Sudip
10
gm Daun Pandan - dicuci Penimbang
6
gm Garam Gunting
1560
ml Air ( 240 ml masak gula
& 1320 ml masak kacang)
220
gm Santan kotak Alat menghidang:
28
gm Sagu telur ikan Soup cup and saucer
Soup
spoon
Hiasan:
1
helai Daun pandan - dipotong dengan bentuk ‘v’
Prosedur memasak:
1.
Kacang
hijau dicuci dan direndam semalaman.
2.
Panaskan
air dalam periuk dan masukkan gula Melaka dan gula pasir. Biarkan hingga larut.
3.
Rebus
kacang hijau hingga kembang. Kemudian, masukkan air gula, daun pandan dan masak
hingga mendidih.
4.
Tambahkan
sagu selepas air mendidih. Kemudian, masukkan santan dan garam. Tambah dengan
gula jika kurang manis.
5.
Masak
sekejap dan tambahkan sedikit air jika pekat.
6.
Hidangkan.
Menghias dan menghidang:
1.
Bubur
kacang hijau dihiaskan dengan daun pandan yang berbentuk ‘V’.
2.
Dihidangkan
pada soup cup and saucer.